03 August 2011

Mood novelis.



"Kringg! kringg!" Aku yang tengah khusyuk online terus tersentak, tetiba telefon rumah berdering. Tah sape pulak yang cuba bergurau dengan aku neh. Memang sudah aku hagak, member kelas aku yang gedik-2 kol, tak lain tak bukan Zura. Berkobar-2 beliau mengajak aku untuk pegi rumah Ana, konon nak mengajar aku buat math. Padahal senja smlm sudah ku tahu beliau sudah pasang niat nak on9 di rumah Ana. Ciss

"Pika, jadi tak pegi umah Ana petang neh? Kang boleh pegi bazaar sekali." Sekali nafas beliau bertutur sebegitu. "Aaa yang pegi bazaar tuh tak jadi kot, mak aku bising dol" lantas aku menyambung perbualan, dengan nada yang tak seberapa. Borak punya borak tah melalut sampai mane aku pon tak hingat. Asalnya nak confirmkan plan je, lama sikit memang melimpah kredit aku dibazirkan petang tadi. Bedebahh

Lepas cekau kunci moto, aku terus gerak pegi rumah Ana sepantas yang mungkin. Sampai di sana, aku parking baik punya kat depan rumah beliau. Sambil betul-2kan syria yang telah menyenget gara-2 terkena angin yang padu, "Assalamualaikum.. Anaa.. Ohh Anaa~" beberapa kali salam aku tak dijawab. Kemungkinan besar beliau tengah membuta melayan feeling petang yg mendung tadih. Berbulu jugak laa rasenye. Sedikit sebanyak menguji keimanan dan kesabaranku pada bulan yg mulia ini.

Lama sikit aku menunggu, beliau keluar dengan uniform sekolah yg belum diganti. "Zura mane zura? Tak sampai lagi ke?" sapa beliau, dengan muka lepas bangun tidur plus mata merah seolah-2 baru lepas ditumbuk oleh kakak kawasan. "Tah dia, cakap tadi dah siap, dia yang naik kereta pon tak sampai-2 lagi." aku menyambung. Tunggu punya tunggu, baru nampak batang hidung Zura kat tepi jalan. Tunggu saje dah makan doploh minit. Ehh tu kalau kau tidur pon syok ape, feeling habiss dol.

Dah semua lepak kat ruang tamu, masing-2 pulun siapkan kerja Math yg dipinta oleh guru kelas kami. Tak siap, esok kau jangan nak berangan jawab paper Math. Nak taknak kene siapkan jugak laa kan. Aku yang telah siap terlebih dahulu, mengarahkan Zura untuk text Aiman yang kebetulan rumah beliau bersebelahan dengan rumah Ana, untuk datang berjumpa denganku. Aku ingin memberikan suatu benda yang Aiman sangat mahukan daripada aku. Origami perempuan.

Aku memberikannya kepada dia secara rahsia. Sebaik dia menerima origami tersebut, dia meneliti perkataan di sebalik origami tersebut, lantas dia menyimpannya di dalam wallet beliau. Sementara itu, dia mengeluarkan secebis kertas berwarna hijau lalu dibukanya dihadapanku. Aku tergamam seketika. Yaa, kertas itulah yang ku berikan kepada dia ketika kami bersama suatu masa dahulu. Ternyata dia masih menyimpan kemas di dalam dompetnya. Aku sungguh terharu.

Bila ditanya mengapa masih disimpan cebisan kertas itu, dia menjawab "Ehh bialah nak simpan, kenangan neh." Aku hanya membalas dengan senyuman sinis kepadanya. Tidak ku duga benda sekecil itu ternyata masih berharga buat dirinya. Sebelum pulang, ku lontarkan sedikit senyuman kepadanya, tanda terima kasih kerana sudi meluangkan masa denganku. Dan juga atas penghargaan yang telah beliau tunjukkan kepadaku, yang tidak ku sedari akan kehadirannya selama ini.


P/s : Jangan kau sesekali berani mengutuk entry aku ini. HAHA

❝ OTOMEN KOSMOS OTOMEN DAIA, NANTI-2 DATANG LAGI YAA :D ❞

No comments:

Post a Comment

Hak Milik Terpelihara @ FykaNova 2011