04 April 2012

Bos yang baik hati.

Assalamualaikum my readers sekalian. Okay sebenarnya guwa tengah bosan mengadap invois yang melambak neh, so baik guwa lepas tension kat sini kejap, hihi. Hari isnin haritu guwa datang balik kl, padahal hari ahad baru balik perak. Haaa nak buat acano, boss panggil datang kerja kan so redha je dengan ketentuan Ilahi. Siryes menyampah betul nak type starting panjang2 acani, ggrr. Lets straight to the point jelah kan kenapa guwa puji memuji bos baik hati.

Sekarang guwa tinggal kat rumah cousin di ampang, kl. So memandangkan first day bos (aunty) suruh duduk rumah je dulu, lilek2 membesarkan apa yang tak patut dibesarkan, guwa dah rasa lemau je duduk rumah sepanjang hari. Mengadap movie tak habis2, agaknya bos nampak guwa lemau sekali dia ajak pergi The Curve. Haah yang kat damansara tulahh. Padahal plan asal dia nak pergi IKEA beli apetah, tapi guwa ajak merayap kat The Curve sekali. And guess what? Bos belanja guwa shopping baju. Jyeahhh~ Ohh ya, guwa ada nampak Neelofa dan juga Rafidah Aziz (3R) shopping sorang2 kat situ haha.

Lepas beli kat butik tu butik ni dengan cousin, guwa pon lepak makan kejap kat Kenny Rogers. Time tu memang tengah kebulur habis, siryes guwa tak tipu. Rasa macam orang musafir tengah puasa pon ada. Guwa bedal sepinggan macaroni cheese sampai naik muak haha. Then guwa ajak cousin round butik lain pulak. Try masuk butik Cache Cache & Moments yang comel, mata guwa nonstop usha baju2 dalam tuh. New arrivals babe, siapa tak rambang mata. Pesyen2 baru je semua, memang guwa menyesal lah beli kat Esprit kan.

Masa tuh guwa memang terkilan gila ahh tak bawak duit 5k *sangat kaya*. Takkan nak mintak bos belanja lagi ye tak? Haha nanti dia cakap guwa muka tembok pulak lahaii. Masa naik tangga nak pergi kat tempat parking, guwa lalu kat SCHAPOHOLIC pulak. Haah, kedai Scha Al Yahya yang famous amos tuh. Siryes guwa eksaited habis tengok kedai dia haha. Sebelum ni tengok kat fb je, sekali jumpa jugak kan. Memang rasa nak beli je semua barang kat kedai dia, sangat korean okay. Pada yang tak tahu acano rupa Schapoholic tuh, meh tengok sini meh.


Shopping and makan semua bos belanja. Sebab tu guwa sayang dia kehkeh.

❝ OTOMEN KOSMOS OTOMEN DAIA, NANTI-2 DATANG LAGI YAA :D ❞

28 March 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan.

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

P/s : Guwa punya style number 2 & 3.

❝ OTOMEN KOSMOS OTOMEN DAIA, NANTI-2 DATANG LAGI YAA :D ❞

25 March 2012

Selangkah ke UiTM.

Hey fellows. Sorry sebab jarang hapdet belog sebab guwa memang tak berapa nak rajin nak menaip entry sekarang ni. Al maklumlah hati sedang berbunga2 ni kan, so guwa lebih rela mengadap phone dari mengadap netbook yang takda akal ni. Back to the topic, pagi tadi guwa pegi expo Selangkah ke UiTM yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam *satu nafas*. Memandangkan harini hari last expo tuh, so guwa rasa macam tak perlu nak overdressup sangat sebab dalam hati guwa "Alaa mesti dah tak ramai punya kat sana. Paling2 macam kat pasar ikan je" K saja reka. Hihi. Bila fikiran guwa dah seomey macamtu, so guwa prefer pakai simple je. Setibanya di sana, guwa tengok sana sini awek lawo2 tantek2 dressup macam nak pergi Shout Awards pon ada. Last2 guwa mengomel sendiri, "Menyesal pulak aku tak tacap lebih2 kat rumah tadi. Demmit"


Okay kat atas neh view dalam hall tuh. Besar gila kankan? Ada aircond pulaktu. Siapa menapak dalam tuh boleh tidur 3round nonstop tanpa gangguan, siryes guwa tipu ni. Btw kat depan stage bawah tuh tempat booth2 fakulti bertapak. Kalau ada 10 course, kira 10 booth jugaklah yang ada kan. Memang bawah tu penuh dengan manusia je. Time tu guwa dah rasa "Ni kalau aku ada wuduk confirm2 batal dah gara2 touch and go punya pasal". Siryes jammed dengan manusia je, lepastu ada adegan tolak2 sikit. Alahh biasalah, takkan kau sangat baik hati nak terpacak je kat situ bagi laluan kat orang lain kan? Memang taklah kau sebaik itu.

Guwa agak tertarik dengan fakulti filem,teater & animasi. Kat situ ada abang kartunis yang sangat ohsem, draw guna graphic tablet tahap pro lah kan. Guwa rasa nak bisik je kat dia "Tangan kena bedung masa kecik2 bolehlaa". Tapi guwa tak sampai hati nak perli macamtu. Then guwa tawaf semua booth yang ada kat situ sampai satu tahap guwa rasa nak melontar di jamrah sebab dah penat sangat. Btw guwa sempat berborak dengan Dekan kat situ :) Sumpah dia memang nice gila, guwa rasa nak buat dia jadi ibu angkat masa tuh jugak haha. Guwa berazam nak jadi macam dia suatu hari nanti *tangan di dada mata ke atas*. Okay thats all for tonight, see ya later peeps.

P/s : UiTM sentiasa di hatiku~ *tagline UiTM* Kahkah

❝ OTOMEN KOSMOS OTOMEN DAIA, NANTI-2 DATANG LAGI YAA :D ❞

Hak Milik Terpelihara @ FykaNova 2011