27 June 2011

Konpius

Assalamualaikum


Tujuan aku buat entry harini sebab nak citer sumting. Ecehh starting je dah semacam misteri kan? Kahkah. Ekceli neh bukanlah rahsie sangat pon, saje gedik-2 nak update. Tak salah pon kalau nak kongsi cerita. Sharing is loving right? Haha tak boleh blah betul. Tatau lah benda yang aku nak cerita neh samada cerita hantu atau tak, but its truth. Korang pikirkan lah sendiri lepas bace entry neh okay. AMARAN! Readers yang menghidap kentut berbuih, kencing bercabang & sendawa menyerupai bau naga tidak dibenarkan membaca entry ini. ><

Haritu sume family aku pegi kl, kalau tak silap mase tuh salam bulan 3 kot. So tinggallah aku dengan adik aku bernama Kina. Kiteorg tak ikut memandangkan kene sekolah and ade kelas tambahan. Si kina neh baru darjah 6. Kau jangan tanye dia tuh laki ke pompan okay. Kiteorg dah biase macam neh sebab every week parents aku pergi sane, so tak cuak sangat duduk berdua. Just kadang-2 tuh strangers datang kiteorg panik lah jugak, tapi just duduk diam je dalam bilik and jangan bukak pintu walaupun orang yang dikenali. Tu skrip yang mak aku kasi sebelum bertolak lah -..-

Satu malam, aku online. Dari petang sampai malam non-stop. Aku memang pantang dapat internet neh. Tapi time-2 yang patut mencekik, mandi, solat & sebagainye tuh aku berhenti lah jugak sekejap, lepastu sambung balik. Online punya online, aku tak sedar dah pukul 10.30 mlm. Tapi aku tak mengantuk pon, yelah dapat online mata terus segar bugar. Jenis aku, selagi aku tak mengantuk aku takkan membuta punya. Percayalah. Except abang aku ade kat rumah, dia yang take-over tempat aku kat depan pc neh sampai aku nak online 5 minit pon kena luku sedas dua. Chaitt

Sedar-2 dah pukul 11.30pm. Tibi kat depan still terpasang, so aku biarkan jelah memandangkan kina tengah tengok. Dia tuh dari bangun tidur sampai nak tidur non-stop tengok tibi tuh. Tah ape yang syok sangat tibi tuh ntah laa, tu pasal bil leterik melambung dek mail lambung. Dah lari tajuk sangat neh. Err sampai pukul 11 si kina tak masuk tidur lagi. Aku pon naik pelik, sejak bila dia pandai tidur lambat neh. Sekali aku pegi lah kat living room, nak suruh dia tutup tibi and masuk tidur.

Rupanya kat situ si kina takde pon, dia dah lama tidur kat bilik. Aku ye ye lah ingat dia tengah tengok tibi, so aku agak kepanasan jiwa dan raga mase tuh. Yelah, aku tak biasa bab-2 membazir leterik neh. Tapi online berejam tak kisah, kihkih. So aku pon tutup lah tibi tuh, and kembali ke pc untuk sambung online. Tepat pukul 11.30pm, tibi tuh terpasang sendiri. 1st aku tak cuak pon, blur-2 je time tuh. Aku pegi lah tutup balik tibi tuh tanpa perasaan berbaur takut untuk melangkah ke ruang tamu tersebut.

Dan pada pukul 12.30am, sekali lagi tibi tu terpasang. Cilaka! Dah kenapa nak pasang sendiri banyak-2 kali? Memang nak kene libas tibi tuh. Time tuh takde blur-2 dah, aku terus cuak gila. Then aku kejut si kina untuk tutup tibi tuh. Tak berani bhai nak tutup sensorang. Yelah kot ade ‘orang’ baru nak tengok tibi, aku kacau line pegi tutup pulak kan. Kina yang tengah mamai tak pikir ape terus tutup tibi tuh, and aku suruh cabut plak sekali. Risau kot-2 terpasang sendiri utk kali ke 3. Tak ke nak mampus sangat mcm tu?

Aku bengang campur takut mase tuh. Takde hari lain ke nak kacau aku? Nak takutkan waktu siang-2 ke, pagi-2 ke. Ini tengah-2 malam jugak nak buat ‘surprise’ kat aku, tak seronok langsung okay! Ggrr. Lepastu, time jugak aku off pc then terus masuk tidur. Tapi aku takleh nak tidur sebab pikir pasal tadi tuh. Last-2 penat aku pikir, tertidur jugak akhirnya. Ingat nak bace yassin ke ape ke yang patut untuk elak benda-2 yang tak patut. Aku pikir nanti kalau aku bace sensorang, tetiba ade orang follow aku bace yassin tak pengsan aku time tuh? Nasib baik aku tak kena ape-2 malam tuh, syukur sangat! Pheww~

And petang tadi bersamaan 25/6 jam 6 petang, macam biasa lah aku dengan kina kat rumah neh berdua. Time tuh aku tengah tengok tibi sambil baring, betul-2 depan tibi. Tengah syok layan cite korea, aku ingatkan si kina kat belakang aku (duduk kat kerusi malas) macam selalu. So aku pon buat dono jelah, takkan aku nak tampar dia kat situ pulak kan. Then aku rasa dahaga, tanpa menoleh belakang (ke kerusi malas) tuh aku terus ke dapur untuk meneguk air milo sejuk. “Kina japg citer babyfaced beauty panggil aku tau”. Aku berteriak dari dapur. Dia menyahut “Ape??” Suara sayup-2 je, rupanya dia kat laman rumah, luar dapur.

Aku tergamam seketika. Tadi yang duduk kat kerusi malas dengan aku tuh siapa? Siyes weh, aku memang rasa kina kat situ. Disebabkan aku inginkan kepastian, kot-2 tersalah dengar, aku perlahan-2 menoleh lalu mengintai ke kerusi tersebut. Memang betul kina takde kat situ. Okay sekarang aku dah mula cuak nak duduk berdua dengan kina. Aku taknak kene untuk kali ke 3 weh. Lepasni aku kene bizikan diri dengan aktiviti luar lah nampaknya. So ape conclusion korang? Sekali lagi aku nak tegaskan, benda neh terjadi kepada diri aku and ini cerita benar. Bukan rekaan semata-2.

P/s : Rupanya bukan kami berdua saja di rumah neh.


❝ OTOMEN KOSMOS OTOMEN DAIA, NANTI-2 DATANG LAGI YAA :D ❞

No comments:

Post a Comment

Hak Milik Terpelihara @ FykaNova 2011