12 November 2011

Jamuan kelas & Rumah terbuka.


Assalamualaikum readers. Nampaknye tajuk kali neh tak pendek seperti biasa kan? Well, dah berzaman tak update so guwa malas nak type bebanyak entry. So guwa jamakkan jela 2 bijik entry neh okay. Harap memahami kebizian yang melanda admin.

Lately, kelas guwa mengadakan jamuan akhir tahun. Dan juga merupakan jamuan yang terakhir untuk bebudak form 5 macam guwa neh, sobss T~T Nanti tak dapat nak merasa baling2 tepung sampai pedih mata dah. Wuuuu~ Kiteorang punya baju kelas warna kuning, so haritu guwa dah rasa macam ejen DiGi pon ada. Pergi mane2 je dah boleh detect sebatu jauhnya. Siryes tahun neh laa jamuan yang paling superb yang pernah guwa join. Guwa punye semput pegi ulang alik naik kelas kat tingkat 3, boleh pulak ade mulut sundal yang cakap guwa tak buat kerja. Apa cilake doo? Berbulu je eardrum guwa dengar. Dapat ku debik sekali naye je kang. Orang jamuan makan nasik, kau jamuan makan pelepah kelapa sawit jugak kang. Okay sumpah guwa emo.

Siryesly, bila guwa pandang member2 guwa dah rase sebak dol. Yelaa, last year sekolah kan. Lepas SPM dah berambus, masing2 bawak diri. Ade yang pegi PLKN, ade yang kerja, ade yang pindah. Sobss sobs T~T Makin guwa pandang gambar2 kiteorang, makin berat hati guwa nak tinggalkann sekolah. Cewahh bajet orang kisah pulak kau nak berambus kan.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari raye korban baru2 neh, guwa pergi rumah BFF guwa sebab dia ada buat open house. Sikit punya berkobar2 laa guwa nak pergi, memandangkan mak beliau masak special punya lawok, yakni tomyam. Pehhhh! Marvelouss kau. Bayangkan air tangan orang Thai buat tomyam, memang satu periuk pon guwa boleh balun sorang kan. Memang dari raya puasa haritu guwa tunggu, punyelaa mengidam nak mencekik tomyam. Guwa bawak cousin guwa sekali. First maybe dia anggap tomyam yang guwa cakp super sedap neh biase2 je, macam tomyam orang melayu kat kedai nuhh. Sekali guwa bagi dia rasa, semangkuk tak cukup der. Nak balun second round malu, kang orang cakap bela saka pulak.

Macam biasa, budak2 mambang merupakan VVIP yang paling dinanti2kan oleh tetamu2 yang diundang. Rombongan VVIP yang diketuai oleh YB Dato’ Nabil Fikri b Rosli tiba selepas 2jam kami menunggu. Maklumlah, mambang dengan rumah terbuka neh jaraknya 2 marhalah, yakni 90km kan. So mereka2 ini dikira sebagai musafir. FYI, guwa panggil diorang budak “mambang” bukan sebab perangai macam jin ke apa, tapi tempat tinggal diorang memang namanya Mambang Diawan. Percaya atau tidak, bergantung kepada iman seseorang. Puihh tak related langsung -,- Sekian saja hujah guwa harini, moshi moshi my readers :> Ehh sebelum tuh meh guwa nak sajikan beberapa keping gambar untuk tatapan korang. Adioss





Muka ketat gara2 tak dapat ikot pegi holiday sebab SPM. Brrrr

P/s : Tahun neh guwa banyak berkorban doi der.

❝ OTOMEN KOSMOS OTOMEN DAIA, NANTI-2 DATANG LAGI YAA :D ❞

No comments:

Post a Comment

Hak Milik Terpelihara @ FykaNova 2011