13 October 2011

Anak ketiga.

Realiti kehidupan sebagai anak ketiga dalam keluarga seperti guwa sangatlah sadis. Manakan tidak, ibu bapa senantiasa tidak berlaku adil kepada diri ini. Orang dolu dolu cakap dalam adik beradik neh ade 4 jenis, tanah, api, udara & angin. Godek punya godek kat google, anak ketiga disifatkan sebagai api, yakni kepala hangin & dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, spesis2 ini juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Karakter kami umumnya sangat berlawanan dengan adik beradik kandung yang lain. Walaupon anak ketiga yang dari zahirnya kelihatan terbuka tapi sebenarnya kami cenderung untuk berahsia. Dalam banyak hal, terutama untuk urusan pribadi, kami memilih untuk tidak bercerita apetah lagi nak mintak tolong daripada keluarga. Kenapa camtu? Kerana posisi yang “tersepit” di dalam keluarga, anak tengah seperti kami sering merasa tidak dipedulikan oleh anggota keluarga yang lain. Situasi ini membuatkan anak ketiga mempunyai kelebihan juga, lebih mampu membina hubungan yang kukuh dengan orang-orang di luar keluarganya, serta lebih mudah membaca dan memahami isi fikiran orang lain.

Guwa terjumpa secebis dua pendapat daripada mereka yang juga bergelar anak ketiga/anak tengah di dalam keluarga. Anak ketiga mempunyai sifat keras kepala, penyayang, bossy, taknak kalah (competitive), kuat jelous & troublemaker. Walaupon kami cepat marah, tetapi kami cepat cool. Kengkadang tuh pendendam jugak hihi. Okay fakta kat atas neh guwa tak dapat nak mendafikannya, sebab sume ciri-2 tuh ade dalam diri guwa. Banyak negatif dari positif kan? Haha boleh tahan syaitan jugak kiteorang neh kan. Btw dah nama pon dari kumpulan api, so takyah nak kutuk sangat kenapa perangai spesis-2 aku cenggini kan. Memang dah lumrah semulajadi kot? Haihh guwa cakap banyak pon buat kena sagat atas jalan tar je kan.

Lagi satu, bab pakaian. Memandangkan atas guwa dua orang lelaki (abang), so guwa rajen merembat t-shirt diorang secara halus yakni guwa menyimpann selai dua t-shirt diorang di dalam lemari guwa cepat-2 supaya mereka tidak menyedarinya. Lambat rembat melepas doo, dahlaa aku tak gemar untuk membeli t-shirt neh. So bila diorang balik aku dapat benefitnya secara korang sedar atau tidak. Tapi, baju-2 guwa yang lawo-2 sume turun kan adik guwa yang gemok gedempol. Baru sekolah rendah badan dah same besar dengan guwa dah apahal? So kat situ je guwa dah rase tak puas hati. Siryes guwa tak cakap pon yang guwa kurus. Bila gaduh dengan abang2, biasanya mak ayah guwa akan cakap camni "Kau tuh adik, hormat laa sikit orang yg lagi tua dari kau." Bila time gaduh dengan adik2 pulak "Kau tuh kakak, mengalah laa sikit dengan adik2." Haaa hamek kau.


P/s : 5tahun lagi boleh dapat darah tinggi neh.


❝ OTOMEN KOSMOS OTOMEN DAIA, NANTI-2 DATANG LAGI YAA :D ❞

No comments:

Post a Comment

Hak Milik Terpelihara @ FykaNova 2011