24 August 2011

Aku dan dia.

Perkenalan kami bermula selepas dia baru berpindah ke sekolah ini. *Ekceli tahun lepas dia memang dah pindah sini, tapi baru tahun neh aku berkenalan dengan dia. Setahu aku, tahun lepas member aku dua orang bergaduh sebab rebutkan dia. Haihh biasalah perempuan kan. Entah aku sendiri pon tak faham. Padahal aku tengok dia tuh nak kata hensem,tak jugak sebab nakal je yang lebih. Tapi biarlah, benda pon dah berlalu kan. Episod percintaan kami bermula selepas dia ingin berkenalan dengan aku melalu im fb, dan aku sendiri ketika itu agak terkejut dengan kehadirannya. Tetapi aku sudi berkenalan dengannya, dan semakin hari hubungan kami menjadi semakin rapat. Tiba pada suatu hari, dia menyuarakan hajat ingin menjadikan aku kekasih hatinya. Pada mulanya aku menolak, namun atas desakan kawanku sendiri, aku menerimanya dengan terbuka.

Manakan tidak, dia merupakan anak guru penolong kanan di sekolah, seorang bapa yang tegas & berdisiplin orangnya. Kadangkala aku merasa bersalah menerima tawarannya itu, tetapi biarlah. Mana mungkin aku mahu memberi kata putus seawal itu. Biarlah dahulu. Setelah seminggu, hubungan kami telah diketahui oleh ramai warga sekolah, termasuk guru-2. Heboh cerita pasal kami bercinta, padahal aku dah cuba & berusaha untuk menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan mereka. Akhirnya, ketahuan juga kerana salah seorang guru ternampak kami berjalan pulang sekolah bersama sama. Keesokannya, Ashraf memberitahuku "Pika, cikgu suzila dah tau kau kapel dengan anak mazlan tuh." Aku berfikir sejenak. Adakah keputusan yang aku buat ini betul? Ataupun aku harus memutuskan sahaja hubungan ini? Ahh biar jelah, mungkin tidak mengapa rasanya.

Seminggu kemudian, 1 malam aku chat dengan cikgu mohsin, guru yang menjadi tempat aku bergosip, mengadu masalah dan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada sekolah mahupun guru yang lain. Sesungguhnya, beliau sangat memahami setiap masalah anak muridnya. Beliau bertanya "Eh betul ke ape yang saya dengar gosip pasal kamu dengan anak mazlan tuh?" Apabila aku mengiyakan sahaja, beliau menyambung "Aduhh, habislah. Saya ingatkan khabar angin je." Dari situ sudah timbul rasa perasaan kurang enak. Apa sebenarnya yang guru-2 ini tidak berpuas hati dengannya? Akhirnya aku mendapat tahu apa puncanya mereka berkata sedemikian. Malam itu juga aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kami. Dan seperti yang ku duga, dia sangat terkejut dan terluka dengan keputusanku.

Namun begitu, hari makin hari aku berasa begitu sayang padanya. Entah mengapa aku sendiri pon tak pasti. Padahal sudah sedia maklum dia memang pelajar bermasalah. Niatku yang pada asalnya menerima untuk menjadi pasangannya adalah untuk mengubah perangainya itu, terpadam setelah guruku berkata "Sedangkan ibu bapa dia pon tak dapat mengubahnya, inikan lagi kamu yang nak ubah." Di situ aku sudah berasa putus asa untuk meneruskan lagi hubungan kami. Namun begitu, sehingga hari ini masih ramai yang menyangka kami masih mempunyai hubungan istimewa seperti sebelumnya. Kini, aku masih berteman dengannya, namun tidak semesra dahulu. Tidak serapat dahulu. Ya, mungkin dia masih lagi terluka dengan kata-2ku dahulu. Adakah aku patut kesal dengan keputusanku sendiri?

Setiap hari, jika ada kesempatan, aku pasti akan berhubungan dengannya melalui chat. Kadangkala aku merasa terhibur dapat berbual dengannya, walaupun di sekolah dia seperti tidak mahu bertembung denganku, apatah lagi memandang wajahku. Mungkin ramai yang tidak suka dan tak bersetuju dengan hubungan kami, namun semua itu aku ambil sebagai perkara positif. Jika bercinta seeloknya janganlah masa bersekolah kerana pasti akan mengganggu pelajaran memandangkan tahun ini aku dan dia bakal berdepan dengan SPM. Biarlah, aku yakin mungkin ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku. Hanya 1 yang pasti, dia masih menyayangiku sehingga sekarang, masa ini, detik ini. Aku harap, dia tidak seperti lelaki lain, yang hanya pandai berkata-2 manis.



P/s : Kalau jodoh tak kemana, kalau bodoh pon tak kemana.


❝ OTOMEN KOSMOS OTOMEN DAIA, NANTI-2 DATANG LAGI YAA :D ❞

No comments:

Post a Comment

Hak Milik Terpelihara @ FykaNova 2011