02 September 2010

Ramadan Al-Mubarak



★ Dia Penyimpan Mohor Besar Syaitan² dengan ini mengisytiharkan, pada bulan puasa, para syaitan sekalian tidak turun ke bumi dan bercuti selama sebulan. Oleh itu, semua umat Islam di wajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika......

☆ Ada umat Islam tak puasa, itu bukan hasutan Syaitan..
☆ Pakai seksi², dedah aurat sana sini, bukan sebab syaitan yang suruh pakai..
☆ Boros beli makanan kat bazar sampai buang sebab tak habis, bukan Syaitan suh beli banyak²..
☆ Tak reti² nak solat 5 waktu, bukan godaan Syaitan tak bagi solat..
☆ Buat maksiat siang malam, bukan Syaitan yang goda..
☆ Duk ngumpat orang tiap² hari, bukan Syaitan yang berbisik suh mengumpat..

✖ Ramadan,ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
✖ Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api.
✖ Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun.
✖ Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan.

✖ Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

........WASSALAM~........
❝ OTOMEN KOSMOS OTOMEN DAIA, NANTI-2 DATANG LAGI YAA :D ❞

No comments:

Post a Comment

Hak Milik Terpelihara @ FykaNova 2011